doa dariku wahai kekasih


Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang,
      Ya Allah, seandainya Engkau telah catatkan dia milikku tercipta buatku... satukanlah hatinya dengan hatiku.. Titipkanlah kebahagian antara kami.. agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah, Ya Tuhanku yang Maha pengasihi.... seiringkanlah kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi... Maka jodohkanlah kami... Tetapi Ya Allah, sekiranya Engkau telah takdirkan dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Ya Allah,Ya Tuhanku yang Maha Mengerti berikanlah aku kekuatan untuk menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang  bersama senja yang merah.... agarku aku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya.. Ya Allah yang Tercinta, pasrahkan lah aku dengan takdir-Mu sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik untuk ku.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui... segala yang terbaik untuk hamba-Mu ini ya Allah... cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat... dengarlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini.. janganlah Engkau biarkan aku bersendirian di bumi ini mahupun di akhirat menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai.. dan kurniakanlah pada aku keturunan yang soleh dan solehah... Ya Allah, berikanlah kami kebahagian di dunia dan kebahagian di akhirat Dan peliharalah kami dari azab api neraka... AMIN....AMIN... AMIN..Ya rabbal 'aalamiin...

No comments :

Post a Comment